 |
Berilmu, Berhikmah, Bertaqwa
|
|
|
|
|
"Ke arah Kecemerlangan Bersama" |
|
|
SMK Dato’ Usman Awang merupakan sebuah sekolah baru, yang wujud pada awal abad ke-21 ini (2001). Kewujudannya semestinya diterima dengan perasaan bangga dan gembira oleh kita semua kerana kita merupakan kumpulan pertama yang akan dipertanggungjawabkan untuk mencorak serta meletakkan kedudukannya di tempat yang sewajarnya sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun diperingkat kebangsaan.
Kita yakin tema yang dipilih “ KE ARAH KECEMERLANGAN BERSAMA ” adalah amat sesuai bagi sebuah organisasi yang baru. Semangat kekitaan dan cintakan sekolah ini haruslah ditanamkan di hati sanubari setiap warga sekolah di peringkat awal ini. Kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun tidak akan kita peroleh jika ada dalam kalangan kita tidak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Untuk ini marilah kita berazam, berikrar, dan berjanji bersama-sama untuk meletak dan memartabatkan sekolah ini di tempat yang sewajarnya. Semoga kita akan sama-sama mencapai kepuasan dan kenikmatan di atas perkhidmatan kita di sini.
SMK Dato’ Usman Awang bererti SELESA, MAJU, KUAT, SEGAK, dan PANDAI. Dengan perancangan dan usaha yang bersepadu serta komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, tenaga pengajar, staf sokongan, dan penglibatan menyeluruh semua pelajar, SMK Dato’ Usman Awang boleh menyaingi malah mengatasi sekolah-sekolah lain dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, dan tatasusila dalam jangka masa terdekat ini. Insya-Allah.
Dalam mengharungi alaf baru ini, Negara memerlukan lebih ramai cendiakawan untuk bersama-sama membuat penyelidikan dan menghasilkan reka cipta berasaskan idea-idea baru supaya dapat merealisasikan aspirasi Negara. Sehubungan itu, sekolah merupakan landasan utama sebagai sebuah institusi yang melahirkan insan berkualiti dan berakhlak mulia. Sesuai dengan wawasan pendidikan Negara, pihak sekolah, anak didik, dan masyarakat seluruhnya harus berganding bahu meningkatkan keterampilan dalam bidang masing-masing bagi mencapai Wawasan 2020. |
| |
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|